Keputusan JAS luluskan projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dipertikai!

57133859_10156014942695952_1252932519628636160_n

Saya terbaca banyak laporan media yang memetik beberapa NGO yang membantah keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) di negeri ini.

Mereka mengaku tidak faham bagaimana kerajaan pusat boleh meluluskan projek ini.

Tetapi saya jangka bantahan-bantahan NGO dan orang awam tidak akan berhasil dan kerajaan Pulau Pinang tidak akan hentikan PIL ini.

PIL ini adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kos lebuhraya yang panjangnya 19.5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7.5 bilion.

Sekarang harga sudah naik ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km.

Selepas PRU14, kerajaan Pulau Pinang juga telah meminta dana RM1 bilion dari kerajaan pusat untuk memulakan projek ini.
http://www.astroawani.com/…/pinjaman-mudah-bantu-kerajaan-p…

Jika kita melihat peta lebuh raya PIL yang saya lampirkan, kawasan yang saya gariskan dengan warna oren di hujung lebuhraya ini ialah tapak projek pembangunan hartanah bernilai RM15 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.
http://www.theedgemarkets.com/…/ewein-consortium-zenith-dev…

Erti kata lain, lebuhraya PIL ini dibina untuk menghubungkan projek pembangunan syarikat konsesi terowong dengan lapangan terbang Bayan Lepas.

Kalau kita panggil kroni, nanti ada orang marah.

Tanah untuk tapak ini telah diberi kepada syarikat konsesi ini oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bayaran RM6.3 bilion untuk projek terowong yang sehingga kini iaitu 6 tahun selepas projek dianugerahkan, masih tidak dapat siapkan laporan-laporan yang bernilai RM305 juta yang juga dibayar oleh kerajaan PH.
https://www.bharian.com.my/…/laporan-kajian-terowong-dasar-…

Oleh itu, mereka di Pulau Pinang yang kuat membantah lebuhraya PIL ini patut tahu bahawa projek ini tidak akan dihentikan.

Projek hartanah swasta yang bernilai RM15 bilion bukan main-main.

Lagipun kertas siasatan SPRM yang terbongkar baru-baru ini ada memetik beberapa pemimpin kanan DAP telah menerima wang rasuah untuk projek ini termasuk pemberian 10% dalam projek ini kepada sesuatu individu.

Jerit sampai hilang suasa pun kerajaan PH akan teruskan PIL.

Sponsored Post Learn from the experts: Create a successful blog with our brand new courseThe WordPress.com Blog

WordPress.com is excited to announce our newest offering: a course just for beginning bloggers where you’ll learn everything you need to know about blogging from the most trusted experts in the industry. We have helped millions of blogs get up and running, we know what works, and we want you to to know everything we know. This course provides all the fundamental skills and inspiration you need to get your blog started, an interactive community forum, and content updated annually.

Kerajaan PH kaut RM1.05 bilion dari penjualan TNB dengan harga rendah hari ini

56879360_10156003979700952_2994068044738723840_n

 

Kuala Lumpur, 11 April 2019 – Pagi ini, harga saham TNB jatuh ke tahap paling rendah sejak 3 tahun dahulu setelah Khazanah menjual 85 juta saham pegangan mereka.

Penganalisis berpendapat bahawa harga jualan RM12.33 satu saham ini adalah rendah berbanding harga RM16.08 sebelum PRU14.

Kerajaan PH kaut RM1.05 bilion dari penjualan TNB dengan harga rendah hari ini.

Kertas Putih Felda telah dimuat naik laman awam sejak semalam???

 

Tidak Adil dan penyalahgunaan kuasa oleh PH..

Untuk rujuk YB #Pekan Najib Razak ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Kertas Putih #Felda itu sudah di upload dalam https://t.co/woSKSf10c8pada 9/4/19 sehari sebelum ianya dibentang Azmin Ali 10/4/19

Ini buktinya. Bukan hanya tajuk. Tarikh dokumen iaitu /ipms/eps/2019-04-09/WJDO

 

Semalam, seorang pengguna Twitter berkata Kertas Putih Felda dimuat naik di laman awam sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, selepas menteri mahu tindakan keras diambil terhadap Najib Razak kerana memaparkan sebahagian dokumen itu di Facebook.

@Syahirsyhr berkata jika tindakan perlu diambil, maka kakitangan Parlimen perlu dikenakan tindakan kerana menyediakan dokumen itu di laman Parlimen.

“Sesiapa akses laman web Parlimen boleh muat turun Kertas Putih Felda,” katanya. “Kau bentang Kertas Putih Felda hari ini tapi dah ada dalam Risalat Parlimen sejak semalam.”

PH sedia jual aset Felda kepada kroni Atok

56595491_10156002435175952_2814367661046104064_n

 

Ini sebenarnya keutamaan mereka setelah cuba sedaya upaya untuk memburukkan FELDA baru-baru ini.

Seperti minggu lepas di mana syarikat GLC milik PNB, Sime Darby Plantations telah mengeluarkan tender untuk menjual lebih dari 4,300 ekar tanah pegangan bebas milik mereka dengan harga RM1 bilion.

Harga jualan adalah antara RM200,000 sehingga RM250,000 satu ekar.

https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155985506955952/

Saya harap tidak satu inci tanah FELDA yang akan dijual

Kalau perlukan wang pun, gunalah RM8.3 bilion hasil jualan IHH Berhad kepada Jepun tahun lepas atau dari RM82 bilion wang Petronas yang dijarah ataupun dari pinjaman yang meningkatkan hutang negara sebanyak RM93.3 bilion di bawah kerajaan PH sejak akhir tahun 2017.

Kenapa perlu jual aset FELDA?

Azmin akui Najib tidak “curi” RM 8 b duit felda!

56571148_10156002286615952_554198635433164800_n

 

Ada bagus juga Azmin ini di Dewan Rakyat.

Dia mengesahkan bahawa hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh PH sebagai telah dirompak atau diselewengkan oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada peneroka-peneroka.

Saya telah beberapa kali menjelaskan ini tapi penyokong PH tak percaya.

Azmin mengesahkan secara rasmi di Dewan Rakyat tadi setelah minum sesudu pagi ini.

Masih mahu tuduh saya rompak RM8 bilion duit FELDA?

 

Sumber : Najib Razak