Umno Disaran Angkat Politik Islam Ke Tahap Lebih Baik – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyarankan agar Umno mengangkat politik Islam yang didokong selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan berkemajuan.

Mohamed Khaled berkata Umno mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu.

“Jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam kebangkitan kebangsaan Melayu, maka, Islam juga harus terus penting dalam kelangsungan Umno.

“Cuma apa yang kita perlukan sekarang adalah lonjakan dan fokus yang lebih radikal, besar dan serius untuk mengarus perdanakan Islam dalam Umno secara lebih konstruktif, lebih mendasar dan lebih rapi,” katanya.

Menteri Besar itu berucap pada penutup Seminar Komemoratif 70 Tahun Umno yang bertemakan “Islam, Nasionalisme dan Masa Depan Umno” di Pusat Konvensyen Antarbangsa Persada Johor pada Rabu.

Mohamed Khaled berkata dengan mendalami syiar Islam, ia dapat menjadikan Malaysia lebih moden dan sejahtera selain membantu melonjakkan Melayu dan negara ke arah sebuah negara kesepakatan yang adil, berdaya saing, kuat dan dihormati.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk Umno dan Islam bergerak seiring melancarkan gerakan besar-besaran melaksanakan Agenda Melayu Maju yang bersandarkan politik Islam progresif dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti.

“Saya harus menegaskan bahawa politik Islam yang saya sarankan bukan tentang struktur, bukan tentang negara Islam dan hukum hakam. Ia lebih jauh dari semua itu.

“Politik Islam yang kita anjurkan menjurus kepada sistem nilai dan tadbir urus yang lebih baik yang berpasakkan keadilan, kebebasan, ketelusan dan kesepakatan.

“Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas,”katanya.

Mengenai seminar itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan cara berbeza dipilih Umno Johor dalam meraikan ulang tahun ke-70 parti keramat berkenaan.

Beliau berkata langkah penganjuran seminar oleh Badan Perhubungan Umno Johor, institut pemikir Bait Al Amanah dan Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) itu kena pada masanya untuk seluruh anggota Umno merenung sedalamnya dan mencari jalan ke hadapan dalam memantapkan parti tersebut.

Seminar sehari itu disertai lebih 500 peserta termasuk anggota Umno, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, mahasiswa dan badan profesional. -Bernama

Pertumbuhan ekonomi Johor antara yang terbaik – Khaled Nordin 

Membentangkan kedudukan pencapaian dan kemajuan kita yang bersandarkan kepada pencapaian yang bersifat kuantitatif. Pencapaian dan kemajuan yang sering kita ukur dan nilai berdasarkan kepada rujukan-rujukan indikator makro sesebuah ekonomi.

Saya mulakan dengan yang pertama, Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK, iaitu ukuran utama keaktifan sesebuah ekonomi. Secara puratanya, Johor telah mencatat pertumbuhan KDNK pada harga malar, sebanyak 6.1 peratus untuk tempoh 2011 sehingga 2014. Bacaan ini adalah 0.7 mata peratusan (percentage point) lebih tinggi berbanding bacaan peringkat nasional yang hanya mencatatkan 5.40 peratus.
Peratusan ini bukan sahaja selari dengan sasaran yang kita tetapkan, malah berjaya dicapai meskipun iklim ekonomi serantau dan dunia kelihatan semakin mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia sebenarnya harus dibanggakan, kerana pertumbuhan ekonomi Johor merupakan di antara yang terbaik berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

 Kedua, jumlah pelaburan yang masuk ke negeri Johor. Negeri Johor, bermula dari tahun 2013 telah menduduki tempat pertama sebagai penerima tertinggi pelaburan dalam sektor pembuatan. Jika dicongak daripada tahun 2010 sehingga tahun 2015, kita telah berjaya membawa masuk hampir RM86.3 bilion dalam tempoh 6 tahun terakhir ini, jauh meninggalkan negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Manakala pelaburan terkumpul, termasuk sektor perkhidmatan, di Iskandar Malaysia sahaja mencecah RM 208 bilion. Dan 51 peratus dari jumlah ini telah pun direalisasikan.

Ketiga, kedudukan dan disiplin fiskal. Saya ingin menegaskan bahawa sejak 2013 sehingga 2015, kita telah berjaya mencatatkan lebihan dalam pengurusan kewangan secara konsisten.

 Hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2015 misalnya, adalah sebanyak RM1.549 bilion iaitu 25% melebihi anggaran asal berjumlah RM1.239 bilion. Dan sehingga 31 Disember 2015, rizab kita pula adalah sebanyak RM2.63 bilion.

Pencapaian ini penting untuk ditonjolkan kerana, dalam bahasa yang mudah difahami, ia menunjukkan keupayaan kita merancang dan mengawal kedudukan kewangan Negeri dengan baik.

 Keempat, peningkatan pendapatan isi rumah. Jika dilihat dalam Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan isi rumah bulanan penengah negeri Johor telah meningkat sebanyak 42.3% kepada RM 5,197 pada tahun 2014 berbanding RM 3,650 pada tahun 2012.

 Ia merupakan pertumbuhan kedua tertinggi di peringkat nasional. Ini bermakna, secara umumnya, segala peningkatan dalam aspek ekonomi yang dicatatkan di pihak Kerajaan Negeri, turut mempengaruhi dan memberi penambahan kepada jumlah perolehan bagi rakyat Johor.

Kelima, peningkatan dalam industri perkhidmatan. Dalam sektor perkhidmatan pula, Johor terus menjadi pilihan. Industri kreatif dan multimedia terus mendapat lonjakan melalui pembinaan Pinewoods Iskandar Malaysia Studios. Manakala sektor perlancongan pula, hasil daripada Pelan Induk Pelancongan Johor yang dimulakan pada Jun 2014, telah menyaksikan peningkatan tertinggi kadar kemasukan pelancong di Malaysia. Iaitu peningkatan daripada 6.42 juta pelancong kepada 6.95 juta pada tahun 2015.

Kerajaan negeri Johor lanjut Skim Bantuan Pendaftaran Universiti Awam 2016

 

14141852_10154142066448173_5292584928045279717_n

Skim Bantuan Pendaftaran (pelajar baharu sahaja) bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016 telah dilanjutkan sehingga 17hb September 2016

Selain itu juga, Permohonan Pinjaman YPJ (pelajar semasa dan baharu) bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016 juga dilanjutkan pada tarikh yang sama.

Permohonan pinjaman adalah secara online melalui pautan di laman web YPJ : http://www.ypj.gov.my/v1/

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran adalah melalui Borang yang boleh dimuatturun di laman web tersebut.

 

 

Semoga cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2016 – Jais Sarday 

Assalamualaikum…..

Salam sejahtera…..

Salam Muafakat Johor…
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada para pelajar tahun enam…

Semoga dipermudah dan sentiasa tenang berdepan dengan soalan-soalan bagi semua mata pelajaran….

Sama-samalah kita berdoa agar kejayaan cemerlang akan jadi milik semua…..

Yb Datuk Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merangkap ADUN Mahkota 

#muafakatmembawaberkat

Warga Emas gembira YB penuhi impian bina rumah

IMG-20160902-WA0061

Kluang, 2 September 2016 – Hanya mampu pendam rasa sebak dan terharu..

Itulah perasaan Pn Adia Mah, seorang Muallaf yang hidup berseorangan di Kg Paya, Kluang telah dibina sebuah rumah impian untuknya oleh UMNO/ BN Kluang.

Ianya adalah hasil lawatan YB Datuk Md Hj Jais Bin Hj Sarday, ADUN Mahkota merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor ke rumah Pn Adia Mah pada 6 Februari 2016 yang lalu.

IMG_3122

Hasil daripada turun padang YB Datuk Md Jais Sarday beliau telah bersetuju untuk membantu membina rumah kediaman rumah Pn Adia Mah yang dalam keadaan daif dan tidak selamat.

Inisiatif YB Datuk Md Jais Sarday

Di kesempatan ringkas semasa menziarahi puan Adia Mah, Yb Datuk Md Jais Sarday berkata

” Sempat singgah ziarah Puan Adia Mah di Kampung Paya.. dia ni muallaf.. Sebelum ni saya pernah datang bersama Pemuda dan Puteri, bantu kemas rumah dan sekelilingnya.. dia tinggal seorang dan sangat daif, di atas tanah keluarganya yang diserahkan kepadanya- di Kampung Paya.. Saya berazam nak bantu binakan rumah kecil yang lebih selesa”

Hasil inisiatif Yb Datuk, UMNO/ BN Kluang, Pusat Khidmat DUN Mahkota dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, NGO’s dan dermawan telah berjaya mengumpul sebanyak RM40,000.00 bagi membina rumah tersebut. Akhirnya rumah ini dibina pada Mei dan siap pada akhir Jun 2016.

Rumah Aida Ma

Selain itu Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kluang,  Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kluang, Majlis Belia Kluang & Pasaraya Econsave Kluang juga membantu membina kelengkapan rumah.

YB Datuk Md Jais Sarday mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjadikan impian untuk membina rumah yang lebih selesa kepada puan Adia Mah tercapai.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang membantu impian saya untuk membina rumah Pn Adia Mah tercapai” YB Datuk Md Jais Sarday berkata semasa Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Kunci Rumah kepada Puan Adia Mah petang tadi.

Turut hadir bersama tadi SdrMd Nurhalim bin Md Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Sdri Hasni Binti Abdullah Ketua Puteri UMNO Bahagian Kluang dan Sdr Raza As’ad bin Rajab, Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang.