LEBIH RM150JUTA PERUNTUKAN UNTUK RAKYAT KLUANG – MB JOHOR

img_0070

Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan beberapa projek yang bakal dilaksanakan pada tahun ini di Parlimen Kluang, sekaligus akan menyelesaikan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan tersebut.

Khabar gembira itu disampaikan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam lawatan rasmi ke Parlimen Kluang yang turut mengumumkan peruntukan lebih RM150 juta bagi menjayakan projek tersebut, termasuk meluluskan pelbagai permohonan daripada penduduk setempat.

“Keputusan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri terhadap beberapa projek yang akan dapat menyelesaikan masalah yang selama ini dihadapi oleh penduduk dan saya berharap kesemua ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kita semua,” katanya.
Menurut beliau projek tersebut termasuklah pembinaan loji rawatan air dengan peruntukan sebanyak RM100 juta yang akan menyelesaikan masalah bekalan air di Kluang.

“Kita tahu Kerajaan Pusat telahpun dalam proses untuk menyiapkan dan membina Empangan Kahang dan apabila empangan itu siap, ia tidak bermakna masalah air akan dapat diselesaikan. Kita perlu sediakan loji rawatan air kerana tanpa loji ia tidak dapat membekalkan air yang dirawat kepada penduduk.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri telahpun meluluskan tapak untuk membina loji tersebut dan usaha untuk membina loji itu akan mula dilakukan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM100 juta oleh Kerajaan Pusat,” katanya ketika berucap pada majlis sempena lawatan kerja itu.

Yang turut serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota, Datuk Md. Jais Sarday; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor, Ismail Mohamed.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk membina bangunan Pejabat Daerah Kluang yang baharu dan kerja-kerja pembinaan tersebut akan dimulakan pada tahun ini dengan kos sebanyak RM35 juta.

Sebagai usaha untuk terus memberi kesejahteraan kepada rakyat dengan penyediaan lebih banyak rumah mampu milik, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk mengambil alih beberapa tanah di kawasan seperti Jalan Niyor, Kampung Sembrong dan Kampung Paya bagi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Menurut Mohamed Khaled, proses pengambilan tanah tersebut dengan peruntukan sebanyak RM8 juta akan dilakukan pada tahun ini dan apabila ia selesai, rancangan untuk pembinaan RMMJ pula akan mula dilaksanakan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Untuk pendidikan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM12 juta bagi membina dua buah sekolah agama di Taman Tamadun Islam dan Taman Delima, selain meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 bagi membaik pulih Sekolah Agama Kampung Tengah dan Sekolah Agama Gunung Lambak.

Bagi mengatasi masalah banjir pula, kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Taman Murni dan Taman Melodi akan mula dilaksanakan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM3 juta melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 bagi menaik taraf parit Kampung Paya, Kampung Melayu Mardi (RM800,000) dan cadangan mengukuhkan tebing Sungai Melantai (RM200,000).

Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk membaik pulih dewan orang ramai di Kampung Tengah dan menaik taraf dewan orang ramai di Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, dengan peruntukan masing-masing RM300,000.

Bagi cadangan pembinaan bangunan dewan terbuka di Taman Kluang Barat dengan kos RM500,000 pula, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM250,000 dan selebihnya akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kluang.

Sementara itu, mengenai kerja-kerja pembinaan Masjid Taman Sri Kluang dengan kos sebanyak RM5 juta yang akan mula dilaksanakan pada tahun ini, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM2 juta serta sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak RM2 juta.

Kerajaan Pusat juga telah meluluskan pembinaan Masjid Taman Delima dengan peruntukan sebanyak RM2.1 juta dan selebihnya iaitu RM1 juta akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri.

Selain itu, usaha-usaha membaik pulih Masjid Kampung Bentong dan Masjid Ar-Rasyiddin di Ladang Bukit Benut juga akan dilaksanakan dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM100,000 serta pembinaan Surau Al-Kahfi dan Surau Ar-Raudah di Taman Sri Impian dengan peruntukan masing-masing RM300,000.

Tidak ketinggalan bagi masyarakat Cina, Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengambil milik tanah ladang Revertex Kluang dengan kos sebanyak RM2.86 juta bagi mengatasi masalah penempatan semula 100 lot masyarakat Cina di Kampung Dato’ Abd Rahman Yassin.

Peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan semula Tokong Koh Chin Jin di Jalan Haji Manan turut diluluskan.

Bagi masyarakat kaum India pula, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk pembinaan Rumah Berhala Sri Vel Murugan Allayam yang akan dijadikan sebagai pusat kebudayaan masyarakat India.

Turut diumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada Kerajaan Negeri bagi projek merekabentuk dan membina balai raya dan gerai kabin di Kampung Paya serta pembinaan gerai ekonomi dan pusat pengumpulan produk Indusri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan peruntukan sebanyak RM150,000.

Antara projek lain yang turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri ialah pembinaan Xtreme Park di Jalan Besar dengan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 dan pembinaan sebuah Klinik Waqaf An-Nur dan Pusat Dialisis oleh Johor Corporation yang akan mula dilaksanakan pada Jun tahun ini dengan kos lebih RM762,000.

Parlimen Kluang merupakan lokasi ketiga lawatan kerja Kerajaan Negeri pada tahun ini selepas Johor Bahru dan Kulai.

Advertisements

Townhall Landasan Keretapi Berkembar Kluang, fahami isu sebenar

Salam Muafakat Johor…

Jom warga Kluang, sama-sama kita jayakan townhall ini…

Townhall ini berkaitan dengan Projek Landasan Keretapi Berkembar yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur… keretapi elektrik yang berkelajuan lebih kurang 160 km/jam akan memendekkan perjalanan Johor Bahru – Kuala Lumpur.. Kluang ke Kuala Lumpur saya difahamkan hanya 2 setengah jam sahaja..

Namun, townhall ini saya nak bawa cadangan supaya;

(1) stesen keretapi sedia ada dikekalkan, kerana bangunan ini antara bangunan bersejarah yang tinggal.. antara bangunan pertama dibina semasa pembukaan bandar Kluang dalam tahun 1911..

(2) tidak bersetuju dengan cadangan pihak KTM supaya simpang empat di hadapan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kluang ditutup.. ia akan menambahkan kesesakan lalulintas di kawasan Yap Tau Sah dan kawasan hadapan Dataran Tasik..

(3) dibina laluan keluar untuk penduduk Kampung Mengkibol kerana mereka tidak ada laluan lain kecuali melalui lintasan keretapi untuk ke sekolah, klinik dan bandar.. setiap kali musim tengkujuh, penduduk juga melalui lintasan keretapi untuk ke pusat pemindahan banjir..

Jom warga Kluang, kita berikan sokongan…

#muafakatmembawaberkat

#JohorBerkemajuan

@Yb Datuk Md Jais Sarday, ADUN Mahkota

Khaled Ucap Tahniah Perlantikan Abang Johari Sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6

JOHOR BAHRU, 13 JAN – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Negeri Johor, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6.

“Saya yakin beliau akan dapat meneruskan usaha-usaha baik yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem agar Sarawak terus aman makmur dan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya mengharapkan agar Bumi Kenyalang akan bertambah maju dan membangun di bawah kepimpinan Ketua Menterinya yang baharu.

Abang Johari, 66, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching petang ini.

Beliau menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.

Abang Johari merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

UMNO dan Perkeso Kluang serah bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan maut

KLUANG 9 Jan – Alhamdulillah…selesai sudah kunjungan ziarah oleh Mn Halim Md Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang ke rumah waris Allahyarham Aziz bin Japri di Tmn Titiwangsa, Kluang & menyampaikan cek khairat kematian drpd pihak Perkeso Kluang..

Ianya adalah bantuan berikutan, sepasang suami, isteri maut pabila motosikal yang ditunggangi dirempuh sebuah kereta di kilometer (KM) 86.8 Jalan Kota Tinggi-Kluang, 4 Januari yang lalu.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 12.05 itu telah menyebabkan pasangan suami isteri, Aziz Japri, 53, dan Haslinda Jalil, 47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Semoga lawatan dan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Allahyarham..

#ZiarahKasih
#MuafakatUmnoKluang

Sambutan Maulidur Rasul 1438h Parlimen Kluang meriah!!

 

photo_2017-01-10_08-45-21

Salawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Alhamdulillah UMNO Bahagian Kluang telah selesai menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kluang. Program ini merupakan acara tahunan UMNO bahagian Kluang bagi memperingati sejarah perjuangan Rasulullah SAW suatu masa dahulu dan semestinya bagi memberi inspirasi kepada umat Islam untuk berusaha ke arah kebaikan.

Sambutan kali ini cukup istimewa kerana ianya dibuat dengan kerjasama pelbagai pihak di Parlimen Kluang yang disebut sebagai Muafakat D’Kluang. Ianya adalah hasil usahasama pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah Kluang, UMNO Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Fama Kluang, Persatuan Peniaga kecil Pasar Tani Taman Makmur, Masri, Rela dan JKR Kluang.

Turut menghangatkan sambutan kali ini apabila ceramah Maulidur rasul ini disampaikan oleh Us Dato’ Mohd Kazim Elias, seorang pendakwah terkenal negara. Ianya telah menarik hampir 5000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah ini.

YB Datuk Md Jais Sarday juga dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada ribuan orang yang hadir pada majlis tersebut. Beliau juga mengumumkan akan memberikan sejumlah sumbangan kepada Pusat Pendidikan Al-Baraqah iaitu maahad Tahfiz yang dimilik oleh us Kazim Elias.

Turut hadir juga Y.Bhg Tb Hj Muhammad Fuad, Pegawai daerah Kluang, En Ismail Abu, YDP MPK Kluang, Sdr Md Nur Halim bin Md Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang dan kepimpinan diperingkat daerah Kluang yang lain.

 

 

 

Selamat Tahun Baru 2017 dari kami semua

bn-kluang-2017

Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor

Kami akan terus berkhidmat untuk rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Kluang, DUN Mahkota dan DUN Mengkibol…

Sepanjang penggal ini, walaupun Barisan Nasional tidak menang di Parlimen Kluang dan DUN Mengkibol, kami tetap terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat..

Antara kejayaan besar kami ialah membina Empangan Kahang bagi mengatasi masalah air di Kluang.. kita jangkakan akan siap pada pertengahan tahun 2017.. selain itu, banyak lagi permasalahan yang telah diselesaikan..

Semasa lawatan ke Ibu Pejabat Daerah Polis Kluang tengahari tadi, sambil menyampaikan sumbangan beg sekolah, kami dimaklumkan pihak Polis telah berjaya menutup kesemua 35 pusat perjudian dalam daerah Kluang… Alhamdulillah.. terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia..

Apa pun yang kita lalui, pastinya semua akan melalui pelbagai ujian.. ujian Tuhan itu mungkin dalam bentuk kesusahan, mungkin dalam kesenangan.. ada yang ringan, ada yang berat..

Ujian Tuhan itu kadang-kadang sekadar nak beri rasa apa yang selalu kita mengata atau menasihatkan (kononnya) orang.. kadang-kadang kita merasa pandai, sempurna dan betul aje, sedangkan yang kita mengata itu – mereka sedang diuji dan hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui..

Bagi saya, orang yang bersyukur akan sentiasa muhasabah diri setiap kali diuji.. tapi orang yang sombong tak akan tahu dia sedang diuji dan akan menyalahkan orang lain..

Selamat melangkah ke tahun 2017, mudah-mudahan terus memberi sinar bahgia dan bertambah-tambahlah muafakat sesama kita..

Harapan kami, tahun 2017 akan terus memberi sinar sejahtera dalam kehidupan kita semua.. semoga bertambah muafakat antara kita Bangsa Johor..

 

Kami bekerja dan bukan hanya memanipulasi isu.. namun sekiranya masih ada yang belum selesai, sila bawa ke Pusat Khidmat kami..