Pembangkang DAP gagal fahami keperluan rakyat Kluang

Satu majlis jamuan Amal Mengutip Dana bagi Tabung Pendidikan kaum India Kluang telah diadakan Restoran Tiong Hwa, Jln Wayang, Kluang semalam.

Program ini merupakan program anjuran MIC Kluang yang bertujuan untuk pendidikan anak-anak kaum India di daerah Kluang yang dihadari lebih 700 Orang.

Pada program tersebut, YB Datuk Md Jais Sarday, Adun Mahkota  telah merasmikan program tersebut. Apa yang penting rakyat Kluang kena mengetahui bahawa YB DAP gagal bawa inspirasi rakyat Kluang.

Jais Sarday bercakap sejak Pru 13, wakil rakyat pembangkang DAP tidak faham keperluan dan masalah rakyat Kluang. Pembangkang hanya fokus dlm mengeluarkan kenyataan media dan selama ini langsung tidak bawa sebarang manfaat kpd kluang khasnya mereka tiada bg khidmat kpd org Kluang.

Pru 14 akan datang bila2 masa, YB menyeru pemimpin dan jentera pru MIC dapat sentiasa mendekati pengundi india sekrng.

Pengundi India di kluang adalah sejumlah 9k lebih kurang, YB berharap MIC dapat memastikan sokongan kaum India terhadap BN mesti tidak kurang drpd 70%.

Pengundi Cina Kluang mula berasa kecewa terhadap wakil rakyat pembangkang. Isu2 spt setinggan dan kuil2 India dlm Parlimen Kluang kebanyakan telah dibantu oleh pemimpin BN bersama2.

YB berharap melalui kerjasama rapat di kalangan pemimpin2 komponen BN dapat mendapat sokongan majoriti pengundi India terhdp calon BN di Kluang menjelang PRU 14 yg dipercayai akan darang pd bila2 masa.

Md Jais – Jangan terpedaya helah orang tengah tawar RMMJ

Penerima BR1M swafoto bersama YB Datuk Md Jais Sarday, ADUN Mahkota

KLUANG: Pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan rumah kuota Bumiputera di negeri ini tidak dilakukan menerusi orang tengah atau membabitkan pembayaran wang kerana menyalahi prosedur kelulusan serta undang-undang. 

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang menjamin rumah berkenaan berkenaan jika mendapat sejumlah bayaran. 

Katanya, ada aduan mendakwa orang tengah mengatur dan memberi jaminan dengan membayar sejumlah wang kepada ejen bagi mendapatkan unit RMMJ. “Ini salah. Pembelian RMMJ atau kuota rumah Bumiputera tidak melalui orang tengah. 

“Jika ada pihak meminta bayaran bagi tujuan itu, pemohon perlu buat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Berikan nama dan nombor telefon selain tempat individu itu bertugas. Jika dia mendakwa daripada Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, dapatkan jawatannya,” katanya. Beliau ditemui selepas menyampaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank di ruang legar Pekan Rabu di sini, hari ini. 

Yang hadir sama, Pegawai Daerah Kluang, Mohd Noh Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Norhalim Md Amin dan Timbalan Ketua MCA Bahagian Kluang, Sim Chin Lay. Kira-kira 1,200 penerima yang tidak mempunyai akaun bank di kawasan Parlimen Kluang menerima bantuan berkenaan. 

Md Jais berkata, kerajaan membina rumah mampu milik bagi membantu rakyat memiliki rumah, dan rakyat diminta untuk tidak mempercayai peranan orang tengah bagi mendapatkan kediaman berkenaan. “Kerajaan telus dalam urusan penjualan rumah RMMJ, namun pembabitan pihak tidak bertanggungjawab ini memberi gambaran buruk,” katanya. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/258183?m=1

Kenyataan media YB Datuk Md Jais Sarday

KENYATAAN MEDIA

YANG BERHORMAT 

DATUK HAJI MD JAIS BIN HAJI SARDAY

PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN 

TEMPATAN NEGERI JOHOR

Saya ingin mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor yang baharu.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor atas kepercayaan ini.

Saya akan memberikan sepenuh komitmen untuk memahami dan mendalami protfolio baharu ini. Sebagai permulaan, saya akan melakukan dengan segera perjumpaan dengan pegawai-pegawai bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapat kerjasama mereka.

Saya akan berusaha untuk mengkaji dan memperhalusi kembali proses dan prosedur sedia ada dan mencadangkan amalan terbaik tadbir urus yang boleh memantapkan integriti dan ketelusan Kerajaan Negeri, khususnya Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya berharap semua pihak akan memberikan kerjasama yang padu dalam proses ini.

Saya menganggap perlantikan ini sebagai satu tanggungjawab yang besar dan akan berusaha menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Datuk Haji Md. Jais Haji Sarday

08 Mac 2017

-Tamat

YB Datuk Md Jais Sarday menyampaikan bantuan BR1M bagi Daerah Kluang

YB Datuk Md Jais Sarday sedang bertanyakan sesuatu kepada penerima BR1M.

Kluang, 10 Feb 2017 – Pagi ini, UMNO Bahagian Kluang bersama Komponen BN Kluang telah mengadakan program penyerahan bantuan BR1M di Pekan Rabu Kluang.

Seramai 1492 penerima telah menerima bantuan BR1M pada pagi ini bagi daerah Kluang. Daripada jumlah tersebut, Melayu 675, Cina 496 dan India 321 penerima.

Turut hadir pada majlis itu adalah YB Datuk Md Jais bin Hj Sarday, ADUN Mahkota yang telah meluangkan masa menyampaikan bantuan BR1M tersebut.

Kenyataan media – Jawapan Balas UMNO Negeri Johor terhadap kenyataan Lim Kit Siang

YB Datuk Md Jais Sarday, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Johor.

*KENYATAAN MEDIA DATUK MD JAIS SARDAY*

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor

Saya menyarankan agar Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang agar belajar dan fahami dahulu perbezaan antara tanah (land) dengan hartanah (properties) sebelum cuba merendah-rendahkan kredibiliti Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Bagi saya, Kit Siang menyerang Menteri Besar adalah bermotifkan politik dan cuba mengelirukan rakyat kerana pembangkang berhasrat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas negeri Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. 

Saranan Kit Siang agar Menteri Besar bercuti sepanjang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal penukaran status HARTANAH Bumiputera di negeri itu adalah tidak wajar sama sekali kerana perkara ini langsung tidak ada kaitan dengan Menteri Besar.

Kit Siang sebenarnya tidak faham isu ini tetapi cuba hendak eksploitasikan perkara ini bagi tujuan mengelirukan rakyat dan merosakkan nama baik Menteri Besar.

Sebagai seorang Menteri Besar negeri ini yang berintegriti, Datuk Seri Mohamed Khaled telahpun menjawab dan memberi penerangan secara jelas berkaitan salah faham penukaran status tanah kuota bumiputera di negeri ini.

Dasar yang membenarkan pelepasan atau pertukaran status hartanah rumah bumiputera kepada status awam sama sekali tidak melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Penukaran status ini adalah untuk kuota bumiputera yang melibatkan rumah-rumah mewah dan bukan dalam kategori Rumah Mampu Milik Johor.

Perkara ini memang amalan kerajaan negeri bukan sahaja di negeri Johor malah di kesemua kerajaan negeri.

Kita kenalah adil  kepada pihak pemaju juga.  Pemaju boleh memohon untuk menukar status hartanah selepas melepasi tempoh dan syarat tertentu termasuk promosi pengiklanan melalui suratkhabar bagi mengelakkan lambakan rumah mewah yang tidak terjual kepada bumiputera, jika tidak pemaju akan menanggung rugi.

Jadi sebelum Kit Siang mahu menyerang Menteri Besar adalah lebih baik dia faham perkara ini terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih

JOHOR BAHRU, 3 Mac 2017

UMNO Kluang – Jasa Anggota Tentera sentiasa dikenang

 

Reaksi sedih antara penerima sumbangan dari Sdr Md Nurhalim bin Md Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang, Tn Hj Mohammad Tukiran

Ziarah Kasih UMNO Bahagian Kluang sempena Ulangtahun Tentera Darat Ke-84, jasa mereka kita kenang dlm menjaga keamanan negara kita..

UMNO Bahagian Kluang yang diwakili Sdr Md NurHalim Bin Md Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang dan Tn Hj Mohammad Tukiran, Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang yang juga pengerusi Persatuan Vateran Tentera Daerah Kluang telah meluangkan masa untuk membuat Ziarah Kasih anggota tentera yang yang berada di Hospital Kluang.

Terima kasih kepada JPMM Mahkota, Yayasan Muafakat Kluang, PVATM Caw Kluang dan mereka yg sudi memberikan sumbangan bg menjayakan ziarah kasih ini….

#Jasamudikenang

#KluangPrihatin

#SolidaritiKluang