Pelancaran Pasar Tani Taman Makmur, Kluang

23 April 2017, Kluang – Pada tarikh ini, genaplah setahun Pasar Tani Taman Makmur, Kluang di wujudkan.

Ianya adalah hasil inisiatif Yb Datuk Md Jais Sarday, ADUN Mahkota yang juga merangkap EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bersama penduduk dan golongan usahawan tani.

Kewujudan pasar tani ini adalah satu manifestasi kesungguhan kerajaan untuk membantu kerajaan dalam mengangani kos sara hidup dengan menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah.

Md Jais berkata juga, petani juga ada peranan dalam membantu rakyat dengan memastikan rakyat dapat membeli barangan dengan lebih murah. Beliau juga menambah tugas peniaga pasar tani ini merupakan tugas yang mulia dan tugas yang sangat berharga kerana membantu rakyat.

Turut hadir dalam pelancaran Pasar Tani Taman Makmur Kluang adalah Pengarah FAMA Negeri Johor, Tn Hj Zainal Abidin Bin Mohd Razali, Sdr Mahyudin Ismail, Pegawai FAMA Kluang dan Sdr Salleh Bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Taman Makmur.

Advertisements