Sambutan Maulidur Rasul 1438h Parlimen Kluang meriah!!

 

photo_2017-01-10_08-45-21

Salawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Alhamdulillah UMNO Bahagian Kluang telah selesai menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kluang. Program ini merupakan acara tahunan UMNO bahagian Kluang bagi memperingati sejarah perjuangan Rasulullah SAW suatu masa dahulu dan semestinya bagi memberi inspirasi kepada umat Islam untuk berusaha ke arah kebaikan.

Sambutan kali ini cukup istimewa kerana ianya dibuat dengan kerjasama pelbagai pihak di Parlimen Kluang yang disebut sebagai Muafakat D’Kluang. Ianya adalah hasil usahasama pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah Kluang, UMNO Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Fama Kluang, Persatuan Peniaga kecil Pasar Tani Taman Makmur, Masri, Rela dan JKR Kluang.

Turut menghangatkan sambutan kali ini apabila ceramah Maulidur rasul ini disampaikan oleh Us Dato’ Mohd Kazim Elias, seorang pendakwah terkenal negara. Ianya telah menarik hampir 5000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah ini.

YB Datuk Md Jais Sarday juga dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada ribuan orang yang hadir pada majlis tersebut. Beliau juga mengumumkan akan memberikan sejumlah sumbangan kepada Pusat Pendidikan Al-Baraqah iaitu maahad Tahfiz yang dimilik oleh us Kazim Elias.

Turut hadir juga Y.Bhg Tb Hj Muhammad Fuad, Pegawai daerah Kluang, En Ismail Abu, YDP MPK Kluang, Sdr Md Nur Halim bin Md Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang dan kepimpinan diperingkat daerah Kluang yang lain.