Puteri UMNO Kluang raikan Hari Jururawat

12 Mei 2017, merupakan hari Jururawat Sedunia. Bagi puteri UMNO bahagian Kluang, Jururawat banyak memberi sumbangan kepada rakyat khasnya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik ketika di hospital.

Bukan setakat itu, sahaja Jururawat juga merupakan satu profesion yang sangat terpuji dengan komitmen yang tinggi khasnya berkaitan pengorbanan masa untuk bekerja sebagai jururawat.

Justeru itu, Ketua Puteri UMNO bahagian Kluang semalam meluangkan masa untuk meraikan jururawat di Hospital Besar Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Ketua Puteri UMNO Kluang, Pn Hasni Abdullah berkata, golongan jururawat sentiasa rapat di hati kita kerana komitmen mereka yang tinggi, khasnya sebagai golongan yang majoritinya wanita, mereka juga adalah ibu dan juga isteri.

Turut serta dalam program tersebut ialah staff Jururawat HEBK dan juga biro Kebajikan UMNO bahagian Kluang.

Veterans Umno Kluang diraikan

Sempena Hari Umno ke-71,  Biro Kebajikan Umno Bhg Kluang bersama Timbalan Ketua Umno Bhg Kluang,  sdr Md Norhalim bin Md Amin dan Naib Ketua Umno Bhg Kluang, Tn Hj Mohammad bin Tukiran telah bersama meraikan veteran -veteran Umno Bhg Kluang.

Satu program ziarah Muafakat Umno Kluang telah diadakan sempena sambutan hari Umno ke-71. 

Bercakap mengenai perkara tersebut,  Sdr Md Norhalim berkata, Umno yang terus subur hari ini kerana adanya orang yang terdahulu daripada kita, yang sentiasa ikhlas berjuang demi Umno. Hari ini,  Umno Bahagian Kluang bersama-sama untuk memperingati jasa-jasa veteran Umno yang terdahulu. 

Antara penerima sumbangan Ziarah Muafakat Umno Kluang ialah :

1. En Munajat bin Hj Johari
2. Tn Hj Rohani bin Karnan*
3. En Abdul Ghani bin Suratman
4. Ustaz Tn Hj Dawam bin Musni
5. En Roslan bin Hj Hanapi
6. En Mohd Baseri bin Juremi
7. En Ahmad @ Rahmat bin Khalid*
8. En A.Kadir bin Maarip
9. En Hamza bin Mokeri
10. En Mohd A. Rahman bin Arpan 

Semoga mereka semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dan mendapat kebahagiaan bersama keluarga. 

#JohorBerkemajuan

Pembangkang DAP gagal fahami keperluan rakyat Kluang

Satu majlis jamuan Amal Mengutip Dana bagi Tabung Pendidikan kaum India Kluang telah diadakan Restoran Tiong Hwa, Jln Wayang, Kluang semalam.

Program ini merupakan program anjuran MIC Kluang yang bertujuan untuk pendidikan anak-anak kaum India di daerah Kluang yang dihadari lebih 700 Orang.

Pada program tersebut, YB Datuk Md Jais Sarday, Adun Mahkota  telah merasmikan program tersebut. Apa yang penting rakyat Kluang kena mengetahui bahawa YB DAP gagal bawa inspirasi rakyat Kluang.

Jais Sarday bercakap sejak Pru 13, wakil rakyat pembangkang DAP tidak faham keperluan dan masalah rakyat Kluang. Pembangkang hanya fokus dlm mengeluarkan kenyataan media dan selama ini langsung tidak bawa sebarang manfaat kpd kluang khasnya mereka tiada bg khidmat kpd org Kluang.

Pru 14 akan datang bila2 masa, YB menyeru pemimpin dan jentera pru MIC dapat sentiasa mendekati pengundi india sekrng.

Pengundi India di kluang adalah sejumlah 9k lebih kurang, YB berharap MIC dapat memastikan sokongan kaum India terhadap BN mesti tidak kurang drpd 70%.

Pengundi Cina Kluang mula berasa kecewa terhadap wakil rakyat pembangkang. Isu2 spt setinggan dan kuil2 India dlm Parlimen Kluang kebanyakan telah dibantu oleh pemimpin BN bersama2.

YB berharap melalui kerjasama rapat di kalangan pemimpin2 komponen BN dapat mendapat sokongan majoriti pengundi India terhdp calon BN di Kluang menjelang PRU 14 yg dipercayai akan darang pd bila2 masa.

Kenyataan media YB Datuk Md Jais Sarday

KENYATAAN MEDIA

YANG BERHORMAT 

DATUK HAJI MD JAIS BIN HAJI SARDAY

PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN 

TEMPATAN NEGERI JOHOR

Saya ingin mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor yang baharu.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor atas kepercayaan ini.

Saya akan memberikan sepenuh komitmen untuk memahami dan mendalami protfolio baharu ini. Sebagai permulaan, saya akan melakukan dengan segera perjumpaan dengan pegawai-pegawai bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapat kerjasama mereka.

Saya akan berusaha untuk mengkaji dan memperhalusi kembali proses dan prosedur sedia ada dan mencadangkan amalan terbaik tadbir urus yang boleh memantapkan integriti dan ketelusan Kerajaan Negeri, khususnya Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya berharap semua pihak akan memberikan kerjasama yang padu dalam proses ini.

Saya menganggap perlantikan ini sebagai satu tanggungjawab yang besar dan akan berusaha menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Datuk Haji Md. Jais Haji Sarday

08 Mac 2017

-Tamat