Kertas Putih Felda telah dimuat naik laman awam sejak semalam???

 

Tidak Adil dan penyalahgunaan kuasa oleh PH..

Untuk rujuk YB #Pekan Najib Razak ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Kertas Putih #Felda itu sudah di upload dalam https://t.co/woSKSf10c8pada 9/4/19 sehari sebelum ianya dibentang Azmin Ali 10/4/19

Ini buktinya. Bukan hanya tajuk. Tarikh dokumen iaitu /ipms/eps/2019-04-09/WJDO

 

Semalam, seorang pengguna Twitter berkata Kertas Putih Felda dimuat naik di laman awam sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, selepas menteri mahu tindakan keras diambil terhadap Najib Razak kerana memaparkan sebahagian dokumen itu di Facebook.

@Syahirsyhr berkata jika tindakan perlu diambil, maka kakitangan Parlimen perlu dikenakan tindakan kerana menyediakan dokumen itu di laman Parlimen.

“Sesiapa akses laman web Parlimen boleh muat turun Kertas Putih Felda,” katanya. “Kau bentang Kertas Putih Felda hari ini tapi dah ada dalam Risalat Parlimen sejak semalam.”

Persidangan UMNO Bahagian Kluang terus utamakan suara rakyat

IMG_2907a.jpg
YB Datuk Abdul Rahman Dahlan menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang di Parlimen Kluang

Selain usul politik yang menyentuh mengenai kesetiaan kepada parti dan cabaran terhadap masa hadapan orang Melayu deng an perpecahan yang berlaku. UMNO Kluang juga menekankan 2 usul yang penting, Pertama berkaitan pendidikan mengenai kebimbangan pencapaian masa depan anak-anak dengan sistem pembelajaran yang baru, kedua berkaitan dengan pelaksanaan GST yang perlu diperhalusi semula.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday hari ini mengibaratkan UMNO ini sebagai sebuah ‘nyawa’, UMNO adalah denyut nadi dan nyawa kepada orang Melayu. Terhentinya denyut nadi ini, maka hilanglah nyawa.

“Seandainya terhenti denyut nadi dan hilangnya UMNO, maka akan mati dan lenyaplah Melayu di bumi ini. Kalau ada pun yang masih berdiri, mungkin ia hanyalah tunggul yang hanya akan menurut kemahuan orang lain, kerana Melayu sudah tidak berkuasa lagi.

Melayu hebat…! Kenapa Melayu hebat..? Melayu hebat kerana UMNOlah jantung dan nyawanya. UMNO lah yang menjadi payung dan memayungi orang Melayu. UMNO lah yang mengikat sillaturrahim dan perpaduan sesama kita.

Sebab itu, UMNO dan Melayu tak dapat dipisahkan. Marahlah kepada kepimpinan UMNO, jauh disudut hatinya sayang kepada UMNO. Bila marahnya hilang, sebahagian mereka pulang kepada UMNO,” ujarnya ketia berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kluang hari ini di sini.

Ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Johor, pada hari ini apabila UMNO menjangkau usia 71 tahun, ada orang Melayu yang tidak merasai UMNO sebagai jantungnya. UMNO tidak meresap dalam hidupnya. Anak-anak muda yang belajar di institusi pengajian tinggi meminjam dengan MARA dan institusi pinjaman pendidikan Melayu lain, tidak merasa ini adalah hasil perjuangan UMNO.

Ada orang yang pergi haji, tidak merasai yang Tabung Haji itu usaha UMNO. Ibu-ibu mengandung yang dapat suntikan percuma pun tak merasai itu kasih sayang UMNO. Begitu juga dengan ibubapa, yang anaknya mendapat pendidikan dan buku percuma di sekolah.

“Kenapa begitu..? Ia jadi begini kerana telah berlaku perubahan dalam institusi masyarakat. Ia begini kerana semuanya adalah berkisar dengan soal kehidupan.

UMNO sudah tidak lagi boleh mendendangkan sejarah silam, cerita-cerita perjuangan Dato’ Onn menentang Malayan Union. Orang tidak mahu mendengar lagi soal jerih payah orang dulu memperjuangkan kemerdekaan, kerana hari ini mereka jerih payahnya berbeza. Jerih payah mereka adalah untuk kelangsungan hidup.

Istilah perjuangan rakyat pada hari ini, bukan lagi soal kemerdekaan dan membangunkan Negara. Perjuangan rakyat adalah soal kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Jadi bagaimana untuk kita mengembalikan roh perjuangan UMNO, supaya UMNO ini menjadi payung yang mengikat sillaturrahim kita, supaya denyutnya bergetar di setiap bangsa Melayu,” tambahnya lagi.

UMNO Bahagian Kluang turut memohon pertimbangan kepimpinan di peringkat tertinggi agar pertamanya; bawalah UMNO ini seikhlasnya di landasan yang seiring dengan denyut nadi rakyat. Perjuangan kita mestilah perjuangan yang berlandaskan kepada soal mensejahterakan kehidupan rakyat.

Soal kehidupan yang bermula alam remaja, alam percintaan, kemudian masuk ke alam perkahwinn dan membina keluarga, alam pekerjaan, alam dewasa, alam warga emas dan seterusnya persiapan kepada alam kematian. Semua di setiap rantaian kehidupan ini, ada kesenggangan.

UMNO mestilah people centric, mestilah bangkit untuk menentukan dasar-dasar yang menyentuh hati rakyat. UMNO tidak boleh hanya sekadar membuaikan perasaan orang Melayu dengan ketakutan dan UMNO mestilah menterjemahkan kehidupan rakyat yang sejahtera.

“Kedunya, rencanakanlah supaya UMNO dapat memberi pencerahan kepada masa hadapan. UMNO Johor pernah menyatakan bahawa kita mestilah mampu untuk memberikan tawaran baru kepada generasi akan datang. Orang susah hendak memastikan masa hadapan anak-anak mereka terjamin.

Orang yang telah hidup senang hendak memastikan kesejahteraannya berkekalan. Orang muda mempunyai pelbagai impian, yang pandai mengimpikan kemewahan, yang kurang pandai pastinya tidak mahu ketinggalan. Yang di desa, mengimpikan pembangunan, yang di kota bimbangkan soal keselamatan. Yang belajar di institusi pengajian tinggi, tidak mahu berhutang, yang berniaga impikan keuntungan,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, UMNO kena bingkas untuk melakarkan harapan untuk masa hadapan. UMNO tidak boleh retorik lagi dengan khayalan yang di awangan. UMNO tidak boleh lagi menuturkan kata-kata yang sekadar memuji-muji, apatah lagi mengeji sesame sendiri.

“UMNO juga bukan lagi legasi, UMNO mestilah berintegriti, saintifik dan kontemporari,” tambahnya lagi.

 

Pelancaran Pasar Tani Taman Makmur, Kluang

23 April 2017, Kluang – Pada tarikh ini, genaplah setahun Pasar Tani Taman Makmur, Kluang di wujudkan.

Ianya adalah hasil inisiatif Yb Datuk Md Jais Sarday, ADUN Mahkota yang juga merangkap EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bersama penduduk dan golongan usahawan tani.

Kewujudan pasar tani ini adalah satu manifestasi kesungguhan kerajaan untuk membantu kerajaan dalam mengangani kos sara hidup dengan menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah.

Md Jais berkata juga, petani juga ada peranan dalam membantu rakyat dengan memastikan rakyat dapat membeli barangan dengan lebih murah. Beliau juga menambah tugas peniaga pasar tani ini merupakan tugas yang mulia dan tugas yang sangat berharga kerana membantu rakyat.

Turut hadir dalam pelancaran Pasar Tani Taman Makmur Kluang adalah Pengarah FAMA Negeri Johor, Tn Hj Zainal Abidin Bin Mohd Razali, Sdr Mahyudin Ismail, Pegawai FAMA Kluang dan Sdr Salleh Bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Taman Makmur.

Pembangkang DAP gagal fahami keperluan rakyat Kluang

Satu majlis jamuan Amal Mengutip Dana bagi Tabung Pendidikan kaum India Kluang telah diadakan Restoran Tiong Hwa, Jln Wayang, Kluang semalam.

Program ini merupakan program anjuran MIC Kluang yang bertujuan untuk pendidikan anak-anak kaum India di daerah Kluang yang dihadari lebih 700 Orang.

Pada program tersebut, YB Datuk Md Jais Sarday, Adun Mahkota  telah merasmikan program tersebut. Apa yang penting rakyat Kluang kena mengetahui bahawa YB DAP gagal bawa inspirasi rakyat Kluang.

Jais Sarday bercakap sejak Pru 13, wakil rakyat pembangkang DAP tidak faham keperluan dan masalah rakyat Kluang. Pembangkang hanya fokus dlm mengeluarkan kenyataan media dan selama ini langsung tidak bawa sebarang manfaat kpd kluang khasnya mereka tiada bg khidmat kpd org Kluang.

Pru 14 akan datang bila2 masa, YB menyeru pemimpin dan jentera pru MIC dapat sentiasa mendekati pengundi india sekrng.

Pengundi India di kluang adalah sejumlah 9k lebih kurang, YB berharap MIC dapat memastikan sokongan kaum India terhadap BN mesti tidak kurang drpd 70%.

Pengundi Cina Kluang mula berasa kecewa terhadap wakil rakyat pembangkang. Isu2 spt setinggan dan kuil2 India dlm Parlimen Kluang kebanyakan telah dibantu oleh pemimpin BN bersama2.

YB berharap melalui kerjasama rapat di kalangan pemimpin2 komponen BN dapat mendapat sokongan majoriti pengundi India terhdp calon BN di Kluang menjelang PRU 14 yg dipercayai akan darang pd bila2 masa.