Selamat Tahun Baru 2017 dari kami semua

bn-kluang-2017

Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor

Kami akan terus berkhidmat untuk rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Kluang, DUN Mahkota dan DUN Mengkibol…

Sepanjang penggal ini, walaupun Barisan Nasional tidak menang di Parlimen Kluang dan DUN Mengkibol, kami tetap terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat..

Antara kejayaan besar kami ialah membina Empangan Kahang bagi mengatasi masalah air di Kluang.. kita jangkakan akan siap pada pertengahan tahun 2017.. selain itu, banyak lagi permasalahan yang telah diselesaikan..

Semasa lawatan ke Ibu Pejabat Daerah Polis Kluang tengahari tadi, sambil menyampaikan sumbangan beg sekolah, kami dimaklumkan pihak Polis telah berjaya menutup kesemua 35 pusat perjudian dalam daerah Kluang… Alhamdulillah.. terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia..

Apa pun yang kita lalui, pastinya semua akan melalui pelbagai ujian.. ujian Tuhan itu mungkin dalam bentuk kesusahan, mungkin dalam kesenangan.. ada yang ringan, ada yang berat..

Ujian Tuhan itu kadang-kadang sekadar nak beri rasa apa yang selalu kita mengata atau menasihatkan (kononnya) orang.. kadang-kadang kita merasa pandai, sempurna dan betul aje, sedangkan yang kita mengata itu – mereka sedang diuji dan hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui..

Bagi saya, orang yang bersyukur akan sentiasa muhasabah diri setiap kali diuji.. tapi orang yang sombong tak akan tahu dia sedang diuji dan akan menyalahkan orang lain..

Selamat melangkah ke tahun 2017, mudah-mudahan terus memberi sinar bahgia dan bertambah-tambahlah muafakat sesama kita..

Harapan kami, tahun 2017 akan terus memberi sinar sejahtera dalam kehidupan kita semua.. semoga bertambah muafakat antara kita Bangsa Johor..

 

Kami bekerja dan bukan hanya memanipulasi isu.. namun sekiranya masih ada yang belum selesai, sila bawa ke Pusat Khidmat kami..

Kerajaan negeri Johor lanjut Skim Bantuan Pendaftaran Universiti Awam 2016

 

14141852_10154142066448173_5292584928045279717_n

Skim Bantuan Pendaftaran (pelajar baharu sahaja) bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016 telah dilanjutkan sehingga 17hb September 2016

Selain itu juga, Permohonan Pinjaman YPJ (pelajar semasa dan baharu) bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016 juga dilanjutkan pada tarikh yang sama.

Permohonan pinjaman adalah secara online melalui pautan di laman web YPJ : http://www.ypj.gov.my/v1/

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran adalah melalui Borang yang boleh dimuatturun di laman web tersebut.

 

 

Hari Kebangsaan 2016 disambut meriah di Kluang

14199564_1175818255810659_5699738167953668324_n

Hari ini tanggal 31hb Ogos 2016 iaitu hari Kemerdekaan ke-59 tahun….

Pagi ini berlangsung perbarisan Hari Kebangsaan ke-59 peringkat daerah Kluang dengan meriah sekali.. Acara yang bermula malam 30 Ogos 2016 dengan bacaan Yassin dan Tahlil di Masjid Bandar Kluang dan seterusnya sambutan malam ambang merdeka di Dataran Tasek Putih Kluang dengan dihidangkan pelbagai acara.

Pada pagi ini, acara seterusnya ialah perbarisan hari kebangsaan yang disertai dari pelabagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta, persatuan dan sebagainya.

Ianya adalah manifestasi kebebasan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia hari ini hasil dari keringat perjuangan orang yang terdahulu.

Merdeka bukan bererti bebas segalanya.. bukan bererti kita boleh melakukannya apa sahaja mengikut kehendak diri yang tak tentu haluannya…

Wahai anak watan yang merdeka, peliharalah kemerdekaan ini supaya kita tidak dijajah lagi…

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016 – 31hb Ogos 2016

#muafakatmembawaberkat
#sehatisejiwa

 

Warga Pasar Tani Taman Makmur meriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan

Kluang, 28 Ogos 2016 – Membina rasa cinta kepada negara juga adalah sebahagian tuntutan agama.

Semangat warga Pasar Tani Taman Makmur, Kluang perlu dicontohi bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi.

“Kita sangat mengalu-alukan program sambutan kemerdekaan oleh rakyat Malaysia amnya dan warga Kluang khasnya, ianya boleh menyemarakkan lagi rasa patriotik dan rasa cinta kepada negara” ucapan En Md Nurhalim Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua UMNO bhg. Kluang sempena majlis Sambutan Kemerdekaan Pasar Tani Taman Makmur, Kluang.

Beliau juga yang ketua Whip MPK Kluang turut menyertai acara anyam ketupat yang dianjurkan oleh pihak Pasar Tani tersebut.

Beliau juga menjemput orang ramai untuk menyertai pelbagai program yang akan diadakan pada malam kemerdekaan yang akan dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Tahlil di masjid Bandar Kluang dan diikuti dengan sambutan ambang malam merdeka di Dataran Tasik Putih, Kluang. Pada 31 Ogos pula acara perbarisan sempena hari kemerdekaan akan dilakukan di perkarangan Kluang Mall, Kluang. 

Beliau menambah Pergerakan Pemuda UMNO Kluang akan melaksanakan program ambang merdeka dengan menghimpunkan orang muda bermotor.

Turut hadir pada program ini ialah pegawai FAMA daerah Kluang.

Anak-anak di Sekolah Agama Johor terus dibantu – Jais Sarday 

Kluang (28 Ogos 2016) – seramai 809 orang murid sekolah-sekolah agama dari daerah Kluang akan dibantu melalui Program Makanan Sihat (PMS) 2016.

Inisiatif ini merupakan langkah kerajaan negeri Johor membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan menikmati makanan sihat di sekolah- sekolah agama.

Sebanyak 48 buah sekolah agama di Kluang akan menerima bantuan sebanyak RM 2.50 bagi setiap pelajar.

Yb Datuk Md Jais Sarday yang merupakan Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menegaskan bahawa kerajaan negeri Johor telah membuat inisiatif berdasarkan suara hati rakyat Johor melalui kajian yang dijalankan sebelum ini.

Ini bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dibuat seiring dengan keperluan dan kehendak rakyat. Beliau bercakap semasa majlis penyampaian cek bantuan Program Makanan Sihat (PMS) 1437H di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.

Sebelum itu, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang, YM Engku Muda bin Engku Musa juga mengingatkan kepada hadirin bahawa tahun ini merupakan tahun kedua sekolah agama Johor menerima RM 5,000 dari kerajaan negeri Johor.

Turut hadir pada majlis ini en Md Nur Halim Bin Md Amin, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kluang, Pengerusi badan-badan kebajikan Sekolah Agama Daerah Kluang dan juga guru- guru besar sekolah agama sekitar daerah Kluang.

Majlis santai bersama Mahasiswa Kluang 

Kluang (25 Ogos 2016) – Tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Kluang dan Yayasan Majlis Perbandaran Kluang yang berjaya menganjurkan Konvensyen Muafakat Mahasiswa Kluang 2016 yang dirasmikan oleh Yb Datuk Md Jais Bin Hj Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merangkap ADUN Mahkota.

Program santai sehari ini merupakan idea Yb Datuk Md Jais sendiri bagi berkongsi berkaitan Kerajaan Negeri Johor.

Beliau berharap mahasiswa dapat memahami aspirasi kerajaan negeri dan memainkan peranan serta terlibat sama dalam apa pun pembangunan yang dirancang, khususnya bila dah tamat belajar nanti.

Pesanan Yb Datuk juga kepada mahasiswa Kluang khasnya agar dapat sertai program yang bermanfaat seperti ini.

“Steady anak Kluang… kepada yang belum berkesempatan, meh la join Persatuan Mahsiswa Kluang” kata Yb Datuk Md Jais ketika merasmikan konvensyen tersebut.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, En Ismail Abu, Sdr Md Nurhalim Bin Md Amin Ketua WHIP MPK Kluang dan Sdr Raza As’ad Rajab, Pengerusi SRCC Kluang.

#muafakatmembawaberkat

Kemeriahan suasana Persidangan UMNO Bahagian Kluang 2016

IMG_8058-10

Kluang (21 Ogos 2016) – Persidangan UMNO Bahagian Kluang telah berjalan dengan lancar pada 21 Ogos yang lalu yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menggesa “Ahli UMNO diminta tidak takut atau bimbang jika digelar rasis kerana memperjuangkan kepentingan agama dan orang Melayu di negara ini.”

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berikutan asas perjuangan UMNO yang ditubuhkan bertujuan membela nasib agama dan orang Melayu.

Katanya, itu juga menjadi asas perjuangan parti komponen MCA dan MIC yang turut memperjuangkan nasib kaum masing-masing.

“Apabila UMNO membela nasib orang Melayu dan dituduh rasis, kita terdiam, takut dan gelabah. Padahal itu asas perjuangan dan tanggungjawab parti menjaga kebajikan serta membela nasib agama dan bangsa. Jangan sampai orang Melayu meluat dengan UMNO disebabkan kita gagal membela nasib mereka kerana takut dikata rasis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagia Kluang, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Berikut adalah gambar-gambar suasana Persidangan UMNO Bahagian Kluang 2016.

Selamat Datang ke Blog UMNO Kluang

IMG_7825

Assalamualaikum dan salam Muafakat Johor.

Selamat datang ke blog UMNO Bahagian Kluang. Blog ini diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dan program yang berkaitan UMNO Bahagian Kluang dan yang berkaitan dengannya. Kami juga mengalu-alukan maklumbalas serta aduan isu-isu tempatan.

anda boleh hubungi admin blog UMNO Kluang melalui email berikut :

mediaumnokluang@gmail.com

Terima Kasih